Apa khabar paa pengunjung budiman sekalian ? Saya berdoa dan mengharapkan saudara dan saudari semuanya berada dalam keadaan sihat wal afiat.
Beginilah adat orang tak berapa nak menulis tapi nak juga dablog.. hehe... rasa macam sibuk, tapi sebenarnya tidak fokus yang ya nya..Ada niat tu nak menulis, namun bila nak ke pc tu.. alahai da ler berat kaki melangkah, bila tiba di pc.. buka browser.. lain plak jadinya...aduyai. manusia manusia...insan yang alpa...
Walau bagaimana pun, saya gagahkan pada ketika ini untuk mengomen sikit pasal kita manusia nih. Sekadar peringatan diri dan ingat memperingat. Kali ni ialah berkaitan urusan dan kesibukan kita. Perhatikan baik-baik bahawa kekadang walu pun kita erancang rapi tentang apa urusan dan progran yang nak kita laksanakan, namun pada akhirnya apa yang berlaku ialah apa yang berlaku.. u got what i mean ? keke speaking London plak... ish da azan zohor ler...emm... sambung semula nanti...mari bersholat berjemaah...
tbc...25/3/14 1:20pm...
Alhamdulillah, dengan izin Allah swt dapat menyambung semula...25/3/14 1:54pm... sebagai manusia amatlah penting bahawa kita mengetahui dan meyakini yang kita ini adalah ciptaan Allah swt, hamba kepadaNya....dan kita dijadikan sebagai manusia umat kepada nabi besar Muhammad saw... ianya amat penting kerana kita akan memerlukan nanti kefahaman dan keyakinan kepada perkara-perkara rohaniah dan ghaib untukmengharungi hidup ini apatah lagi untuk kembali ke alam akhirat bertemu Allah swt...pencipta kita.
Khususnya untuk mengerti tentang apa yang kita semua sibukkan selama ini dan akan datang. Allah swt membenci umat manusia yang membazir dan mensia-siakan nikmatNya. Kehidupan kita ini pastilah akan disibukkan dan dipenuhi dengan pelbagai urusan, ada yang kita lalui secara semulajadi, ada yang kita lakukan kerana kerja, ada yang juga kerana terpaksa dsb. Namun, dalam kita menjalankan semua aktiviti program berkenaan urusan itu hatta untuk tidur bagi urusan khidmat diri sekalipun, kita ada tugas yang terus berjalan. Ya, tugas kita.
Sebagai manusia hamba Allah swt dan sebagai umat Rasulullah saw, kita ada TUGAS. Orang yang paling beruntung dan paling berjaya ialah orang yang menjalankan urusan tugasnya ini. Ya, tugas sebagai hamba yang bersyukur, tugas sebagai umat yang bersyukur.. iaitu menyeru manusia dan makhluk seluruhnya kepada Pencipta Yang maha Hebat Yang Berkuasa Yang Memerintah Yang Mentadbir Yang Memiliki... Allah swt rabbul izzat. Dan cara hidup kekasihNya tak lain tak bukan kehidupan suci murni sunnah Nabi Muhammad saw...
Urusan harian kita sebenarnya adalah medium untuk kita bergerak ke seluruh pelusuk alam bagi melaksanakan tugas. Seperti seorang pahlawan menunggang kuda yang sihat perkasa gagah di medan tempur, namun jika kuda ini lemah maka ketangkasan pahlawan tidak dapat diserlahkan... begitu juga jika pahlwan tidak tangkas, kuda yang gagah juga tidak memberi manfaat. Begitulah umpamanya kita dalam melaksanakan tugas sebagai penyeru kebaikan dalam kesibukan urusan-urusan harian dan di merata-rata lokasi di muka bumi ini.
Begitu juga dengan para pelajar, pelajaran mereka adalah medium urusan yang penting untuk mereka terus maju dan bergerak jauh ke serta pelusuk alam bertemu dengan pelbagai manusia dan kelompok bagi menjalankan tugasnya. Tapi jika peajaran lemah, atau pelajar sendiri tidak berwibawa maka meksud melaksanakan tugas menyampaikan kalimah Allah swt tadi tidak akan berhasil. Hanya berlalulah masa dengan urusan pembelajaran tanpa manfaat sebagi manusia yang digelar khalifah Allah swt di muka bumi.
Urusan kita yang bermodalkan masa, harta dan diri kita sebenarnya adalah perjanjian kita untuk melaksanakn tugas kepada Allah swt bagi menegakkan kalimah Allah di kalangan manusia di muka bumi. Urusan itu adalah ketentuan dan takdir qada dan qadar Allah swt...ianya pasti berlaku dan berlalu.. namun...berjayakah kita menjalankan TUGAS kita ?
Wallahualam.. Sehingga berjumpa lagi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ps: mari ke e-kedai saya segalanya di sini.