RSS
email

Maha Suci Allah swt Yang Tidak Tidur Dan Tidak Lalai

Allahu Akbar ! Maha Suci Allah swt....

Nampaknya dah lama saya tidak update blog ni... masa buat ari tu, bukan main semangat nyer weh... hehe.  Benarlah bahawa manusia ini insan (pelupa), lemah dan lalai.... Semoga Allah swt mengampuni saya, ibubapa dan keluarga saya serta umat manusia seluruhnya.

Kelalaian dan kelupaan ini mestilah diakui oleh setiap manusia kerana itu adalah sifat hamba yang lemah.  Segala puji bagi Allah swt jua yang memberi, mengingatkan dan menunjuk jalan.... Perkara ini nampaknya macam suatu yang biasa tetapi orang-orang yang berakal akan sentiasa berfikir dan mengambil pengajaran bahawa segala perkara berlaku hanya dengan kehendak dan izin Allah swt.  Kita boleh merancang berusaha namun akhirnya yang berlaku adalah perancangan Allah swt jua...

Kita hendaklah mengelakkan sama sekali sangkaan atau penyesalan kerana kita terlupa atau kekurangan kerana asbab yang menjadi aral sesuatu perkara. Kerana jelas kita tiada kuasa apa pun menentukan apa yang jadi dan apa yang tidak.... ini sebenarnya kayu ukur iman yang sangat halus.... Memang wujud manusia yang merasakan kelupaan dan lari perancanagn ini seperi suatu perkara yang hina, seolah-olah mereka sentisa sempurna perfect dalam urusan harian... astagfirullahala'zim..

Saya mohon maaf kepada para followers blog ini... namun kelemahan saya ini adalah tanda kebesaran dan kekuasaan Allah swt jua.... Insyallah saya cuba update semula seterusnya nanti..

Wallahua'lam...

Abu Hurairah

Bookmark and Share

0 comments:

 

Labels

Blog Archive

Categories