RSS
email

Merancang Duit Kita

Sejak aku bekerja dulu, aku selalu fikir bagaimana nak dapat banyak duit. Masa tu, aku nampak bekerja ajer ler. Dapatkan post yang baik, maka besar ler gaji. Tapi, aku perhatikan semakin besar gaji, aku tak lihat aku dapat duit banyak juga. Margin hujung bulan sama juga, back to big '0'. Then, next month nyer aku kerja lagi. Ish... bila nyer aku nak dapat duit banyak.

Next, aku menjenguk kepada apa yang member aku selalu duk bincang... melabur. Emm... bagus juga tu. Aku dengar masa tu, dump satu amaun then kita dapat return. Wah! cantik tu, aku nampak suatu pertambahan dalam duit aku.

Tapi, sehingga la ni aku tak faham-faham bab pelaburan ni. Yang dah tentu aku labur, ke dalam ASB, Tabung Haji dan simpanan bank biasa ler. Apa ada masyuk, tu ler kot hasil pelaburan aku.
Namun begitu, aku notis ... kalu aku dah tak dapat simpan duit, macamana plak aku nak buat labur dan dapat return ?? emm... dah balik ke pangkal semula.

Cari-cari punya cari jumpa ler aku sikit ilmu, bahawa nak buat pelaburan jangan guna duit simpanan. Baik idea tu, yer ler aku diberitahu jika gagal melabur, duit simpanan ada dan selamat. Tapi, ish ... klau aku dah tak dapat menyimpan, di mana plak aku nak dapat duit nak buat pelaburan...pening aku....makin sempit aku nampak jalan nak tambah duit nih...

Aku 'ricky' lagi... alhamdulillah, terjumpa lagi ilmu yang amat berguna, yang aku lihat pertama sekali ia mengajar aku menyimpan duit dan juga menggunakan tool yang ada bagi menggandakan duit. Proses tu aku masih menjalaninya.... aku dah nampak PELUANG BESAR bukan sahaja untuk tambah duit tapi juga menjadi JUTAWAN... yahoooooo!

Akhrinya, baru aku perasan. Kita ni susah payah cari duit, tapi tak bersusah payah untuk KELUARkan duit... itu yg rupanya.. duit aku habis. Hah! kali ni aku nak mengamuk.. aku nak simpan semua duit aku, dan aku akan belanja dengan duit orang lain.... macamana ???

Itu ler mendenya yang dipanggil PENGURUSAN KEWANGAN ....

Kita sambung cerita lagi nanti... sementara tu nko rang jenguk ler link website kegemaran aku di bawah tu... adios

Bookmark and Share

0 comments:

 

Labels

Blog Archive

Categories