RSS
email

Selamat Menyambut Ramadhan 1431 & Selamat Berpuasa

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt tuhan semesta alam, dengan limpah rahmatNya dapt kita bersua lagi dan bertemu pula di bulan yang mulia Ramadhan 1431.

Anugerah ini adalah semuanya daripada Allah swt., maka beruntunglah kita yang masih hiudp untuk meneruskan amal dan ibadah kepada Allah swt.  Inilah yang dinamakan petunjuk dan hidayah. Kita selalu berdoa, namun malangnya ramai yang gagal mengenali pemberian Allah swt ini, dan akibatnya kita tidak melanjutkan dengan ucapan syukur dan tindakan menyukuri nikmat besar tersebut.

Walaupun kebanyakan orang Islam tahu bulan Ramadhan ini membawa berkat dan pahala yang berlipat ganda, namun ianya hanya berakhir di situ.  Kurang kita lihat yang bersungguh mengambil kesempatan itu. Sebahagian besar yang mencuba pula, hanyalah 'panas panas tahi ayam' pada awal 10 hari sahaja.  Jika orang hendak melancong atau berkahwin, mereka akan iklan kepada semua orang, kemudian merancang awal untuk bercuti, selesaikan segala urusan lain awal agar bila tiba masa melancong atyau berkahwin, tiada gannguan lain lagi.  Jadi, dapatlah mereka menikmati masa melancong atau berkahwin sepenuhnya dengan tenang dan lancar.

Cukuplah setakat itu saya kongsikan hasil pemerhatian saya.. memang banyak lagi kalau hendak dikongsikan tapi tiada banyak faedah menyebarkan perkara negatif ini selain dari untuk peringatan sahaja. Lebih baik kita semua kembali melihat apakah yang sebaiknya sepatutnya dibanyakkakn pada bulan yang mulia ini.

Amalan yang nyata perlu diberi tekanan ialah sholat terawih, tilawah Al Quran & tadarus, berbuka dan bersahur.  Jika kita memberi tekanan kepada amal-amal ini insyallah kita sudah cukup sibuk dengan amalan yang baik di bulan Ramadhan.

Dengan sholat terawih, berusahalah untuk melaksanakan 20 rakaat dengan 3 rakaat sholat witir. Untuk menunaikan sholat terwaih, kita tentu sudah perlu berada di masjid pada waktu Isyak. Pastikan kita niat iktiqaf, lama tu duduk dalam masjid, ongoing pahala masyuk tuh free. Pastika kita tunaikan sholat sunat selepas isyak, kerana ia lebih sunat yang diberatkan. Jangan buat kolot dan nampak pelik dengan sholat terawih tapi tak sholat sunat lepas isyak. Penuhi program terawih dengan duduk mendengar tazkirah jika ada, majlis tahlil jika ada, dan bersama ler dengan jemaah menikmati juadah moreh jika ada. Gunakan juga peluang  berkumpul sekampung ini untiuk bercampur gaul dengan bertanya khabar dan mengenali satu sama lain, kerana kita akan berkumpul hampir 30 malam insyallah.

Membaca al Quran akan lebih mudah insyallah, kerana banyak masa akan terluang di bulan Ramadhan ini, iaitu penghapusan waktu makan spt sarapan, minum pagi, makan tengahari dan minum petang. Jumlah masa itu tak kurang daripada 2 1/2 jam tuh, 10% dr masa sehari.  Menjadi lebih mudah lagi dengan izin Allah swt apabila syaitan iblis durjana yg menggoda kejahatan di rantai di bulan yg mulia ini.  Jadi, baca baca bacalah Al Quran. Selepas sholat terawih juga diadakan tadarus Al Quran, sertai majlils ini, banayk ilmu yang dapat dipelajari daripada rakan-rakan jemaah spt mndengar bacaan, verify bacaan kita, belajar hukum tajwid, cara bacaan dll. Tadarus ni pun paling tidak 1 jam juga biasanya. Dgn demikian kita ada 3 1/2 jam utk membaca Al Quran, itu belum diambil masa menunggu waktu sholat dan sedikit masa selepas setiap sholat. Jika di totalkan dapt ler 4 jam utnuk membaca Al Quran. Wah ,  1 juz senang2 boleh habis, dgn izin Allah swt boleh 2-3 juz tu diusahakan.

Berbuka adalah saat yang ditunggu semua umat Islam, dan mesti disegerakan bila masuk waktunya utk membatalkan puasa. Pastika makan minum halal dr segala seginya, jgn main rembat jer. Memberi makan org utk berbuka memberikan ganjaran yg sgt besar.  Laksanakan adab2 makan dgn baik, belajar jika tidak tahu atau tidak jelas. Minit-minit sebelum berbuka amat mustajab utk berdoa.... mintalah petunjuk, hidayah, ian dan amal soleh..

wallahualam, mengantuk la pulak ..

bersambung....

Bookmark and Share

0 comments:

 

Labels

Blog Archive

Categories