RSS
email

Maksud vs Keperluan

Dalam setiap pergerakan atau perbuatan kita, mesti ada tujuan dan maksud. Bersama usaha ke arah mencapai maksud dan tujuan itu, bersama seiring ialah kelengkapan, equipment, prosedur dll atau ringkasnya dipanggil keperluan.

Kedua-dua perkara ini sama penting dan saling seiring menuju penyempurnaan rancangan kita. Namun disitu masih ada persempadanan di mana MAKSUD adalah keutamaan, agar kita tidak tenggelam di dalam penyediaan KEPERLUAN.

Saya kongsikan sedikit contoh iaitu seperti perlawanan bolasepak. Maksud pertandingan ialah menang dgn jaringan gol dan mata perlawanan agar kita boleh menjadi JOHAN. Di dalam perlawanan bolasepak kita mesti perlu patuh kpd undang-undang permainan, memakai jersi lengkap. kasut bola dsb. Jika kita menang, maka segala persediaan amat berbaloi. Tetapi, jika kita mempunyai jersi yg canggih, kasut bola yg berkilat, skill pemain yg baik, namun tiada jaringan, yang mengakibatkan kita tidak dapat meneruskan perlawanan ke peringkat sukuakhir apatah lagi akhir, maka di situ MAKSUD tidaklah tercapai. Jadi jelas di situ MAKSUD tetaplah keutamaan disamping pentingnya KEPERLUAN.

Sebaliknya jika keperluan kita ala kadar, team kita dipanggil 'underdog'... namun memenuhi syarat sebagai keperluan, dan kita berjaya membuat jaringan utk mara ke peringkat seterunya, maka itulah KEJAYAAN. yg sebenarnya.

Bookmark and Share

0 comments:

 

Labels

Blog Archive

Categories