Mencari Yang HALAL itu WAJIB
Salam kpd tuan dan cik puan pembaca yg mulia sekelian,
Insyallah, saya dgn sedaya upaya akan mencuba utk berkongsi dan menyampaikan yg haq. Ini adalah bg kebaikan kita semua di dunia dan akhirat. walaupun nanti ada ayat saya yg berbunyi pedih dan menyinggung sebhg pembaca, namun ia tetap akan disampaikan.
Segala pengalaman dab pergaulan saya serta drpd pemerhatian saya, akan saya kongsikan. Kerana kita semua mesti yakin dan percaya bahawa tiada yg berlaku melainkan dgn izin Allah swt dan mempunyai hikmah tertentu bg yg melihatnya. Maha Suci Allah swt yg tidak mencipta sesuatu itu dgn sia-sia.
Bg memulakan celoteh saya, mari kita melihat isu pemakanan kita hari ini. Bg apa perkara pun, utk ia menjadi buruk kita hanya perlu pejam mata dan tak perlu berbuat apa-apa. TETAPI, utk kita mendapat kebaikan, maka kita perlu berusaha keras dan sungguh-sungguh. Begitulah juga tentang isu pemakanan yg langsung berkait rapat dgn kesihatan dan amal soleh kita.
Diringkaskan cerita, pembuatan makan hari ini hanya mementingkan keuntungan duit wang ringgit. Tiada lagi niat utk membantu, bersedekah dan berkhitmat utk umat. Walau pun ada segelintir pengusaha tidak sedemikian ( malah jujur ikhlas) namun dibandingkan dgn bilangan penduduk dunia, ia jauh sekali amatlah kecil.
Jika dilihat usaha-usaha utk memulakan kempen makan halal dan toyyiba, ianya spt melepas batuk ditangga. Dah bertahun kecoh nya, tp sunyi sahaja dipasaran. Malah makin hebat kempen barangan produk pengusaha kafir, dan lebih besar kemudahnnya, malah lebih byk kawasan kini dikuasai atau diwujudkan.
Tiada kuasakah kita ? tiada bijak pandaikah kita ? Atau kita hanya pentingkan perut kita dan saku kita sahaja. spt menggunakan agama utk dapatkan wang ringgit atau cebisan dunia yg sementara sahaja. Tunggulah azab yg pedih....
Dgn itu, atas kerisauan ini, maka saya dan beberapa pengusaha Islam kita telah berbincang, berseminar, berforum, ber'fb' dsb utk menyusun perancangan dan kerjasama bg meulakan sendiri ke arah pemasaran barangan islam 100%. No hand of kafirin, melainkan sbg pembeli.
Terima kasih idea, cadangan, tunjuk ajar, bantuan, dll oleh saudara-saudara Islam kita di Melayu Trade, PKS Mart, Bicara Jutawan, Koperasi Angkatan Muda, para pendakwah yg juga usahawan, Bebas hutang Putrajaya, penasihat kewangan Hj Mustafa, Tn. Zaidi dan En Aziz dll.. dan lain-lain lagi.. yang menctuskan kekuatan bg saya dan isteri utk memulakan pengumpulan produk Islam 100% dan pemasaran melaui internet.
Saya dgn rasa besar hati menjemput semua tuan-tuan dan cik-cik puan utk ke pasaraya maya saya di http://putraniagamaya.blogspot.com utk melihat sebahagian kecil produk yg telah dikumpulkan. Tukarlah ubahlah trend pembelian produk yg kafirin, diragui, kepada yg halal dan toyyiba.
Produk yg saya pamirkan adalah dihasilkan oleh saudara Islam kita, pekerjanya org Islam kita, mereka dipandu dgn amal soleh spt sholat dhuha, bacaan yasin dan penjagaan aurat. Mereka professional, mereka pemikir, mereka care tentang pemakanan dan penggunaan produk seluruh penduduk Islam sedunia.
Sebahagian kilang pengeluaran begitu ketat pengawalan disiplin sehinggakan jika didapati pekerja yg merokok, mereka akan dipecat segera dlm masa 24 jam. Wanita ditekankan menutup aurat. Pelanggran penutupan aurat juga menyebabkan mereka dipecat serta merta.
Pakar perubatan penasihat kita juga tidak strict kpd herba rawatan sahaja semata-mata tetapi juga nasihat doa, sholat, tawakkal dan permohonan kpd Allah swt kerana yg hakikatnya semuanya hatta penyakit dan penyembuhan adalah drpd Allah swt jua. Apa yg kita kecohkan ke sana ke sini hanyalah secebis usaha sahaja.
Kami akan terus menambah pengumpukan produk Islam kita, kongsikan hasil usaha tuan puan, saya cuba kongsi hebahkan. Urusan perniagaan muamalat kita bincangkan berasingan dan dimudahkan insyallah.
Ingat utk layari pasaraya maya saya, dan kongsikan cadangan tuan puan.
p/s: saya memberi yg terbaik drpd pemberian Allah swt kpd saya, namun kesempurnaan adalah berbeza di mata tuan puan... so permudahkan, jgn menyusahkan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment